Soalan tidak dijawab.

Nabeel dapat info dari sumber yang amat dipercayai….

Ketika Mesyuarat MKT UMNO semalam, Pak Mail telah ditanya secara berdepan tentang rakaman video Setiausaha Politiknya yang berkata bahawa mereka perlu menghancurkan kredibiliti DS Najib dan memasukkannya segera ke penjara kerana Ismail cemburu dengan populariti DS Najib dan bimbang DS Najib akan menjadi PM semula. 🤬

Dan Ismail juga telah disoal secara berdepan tentang perjanjian yang ditandatanganinya dengan Muhyiddin dahulu yang memberikan separuh daripada peruntukan Perdana Menteri dan keseluruhan peruntukan Timbalan Perdana Menteri kepada Muhyiddin!
Ismail juga bersetuju untuk melobi UMNO supaya menyokong Muhyiddin sebagai PM selepas PRU15! 🤬

Ismail ‘dibalun’ dengan teruk oleh semua di sana dan jawapan Ismail di situ hanyalah berdiam diri dan langsung tidak menafikannya.

sumber…
– Nabeel Naqie –

Advertisement

Terbongkar.

*TERBONGKAR!…Rupa2nya dlm manifesto PAKATAN HARAPAN terselit satu terma yg membolehkan semua PENDATANG TANPA IZIN ( PATI ) mendapat kerakyatan secara automatik sekiranya PAKATAN HARAPAN mng dlm PRU-15 ini nanti!…tak percaya?…cuba cek!…ini semua adalah perancangan DAP yg mungkin utk memberikan kerakyatan secara automatik kpd 1.2 Juta rakyat CHINA yg hilang drp screen komputer Imigresen Malaysia tempohari…😳😨😱😱😱*





*Ramai tak teliti tawaran PH … Manifesto PH buka kewarganegaraan pada “pendatang asing” secara automatik*…

Klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02CuoMKEtyBoGM7r187edB5b2hKR2ntisTSdupv9DcXtP9fdkZnXFfdCcmYybXLRxSl&id=100044403794956

Tolak PH pertahankan negara..

Ingat, *pembongkaran fakta 1.2 juta pelancong China hilang dalam negara tidak keluar*. Ingat, masih dalam perbicaraan *Pegawai Tinggi Pejabat Pendaftaran P.Pinang* dan 5 pegawai lain *didakwa memasukkan data bukan warga negara menjadi warga negara* (menjual warganegara) besar besaran.

Terbaru *tawaran PH memberikan warga negara automatik* makin *menjahanamkan negara*.

Masalahnya adalah cara kerakyatan itu diberikan, secara automatik!

Bagaimana kalau seseorang itu tidak tahu bertutur bahasa kebangsaan? Tak tahu rukun negara?

Contohnya begini.

Katakanlah Ah Beng, seorang rakyat Malaysia berkahwin dengan seorang warga China, Ah Mei.

Ah Mei selepas melahirkan anak di Malaysia, mahu pulang ke negara asal.

Ah Mei kemudian mengajak Ah Beng supaya berhijrah, tinggalkan Malaysia dan menetap di China.

Mereka pun tinggalah di China selama beberapa ketika.

Selepas umur Ah Mei mencecah 60 tahun, Ah Beng berkata pula pada isterinya.

“Lo po arr, jom lah balik Malaysia. Saya lindu mahu makan loti canai” (terjemahan)

“Saya sulah tua lor. Balik malaysia apa pun tala guna. Milayu cakap pun saya talak tau. Umur pun mau mat1. Lagu negalaku pun tak tau” ( tejermahan)

“Lu jangan lisau. Pakatan Harapan kilajaan balu sudah tukar. Umur 60 tahun automatic lu jadi warganegala. Semua kemudahan warganila lu dapat.”

*Tawaran ini tidak masuk akal*, dibuat *tanpa memikirkan kesan jangka panjang* pada negara.

Sama buruk atau lebih dari jus soli yang diperkenalkan British dulu yang ditentang hebat.

Bagaimana mereka boleh memikirkan untuk memberi kewarganegaraan automatik?

Paling kurang pun, letaklah syarat minima tahu bertutur bahasa kebangsaan!

Ini jatidiri negara.

Ini bukan parti politik k1asu.

Ini jelas nak memancing undi, tak fikir langsung kesan kepada negara.

Nak tambah pengundi ke?

Siapa yang cadangkan ni? Parti roket?

Benarlah slogan Pakatan Harapan, Kita Boleh.

KITA BOLEH BERI KEWARGANEGARAAN SECARA AUTOMATIK.

saduran : TTKM
DAP sah perancang agenda kewarganegaraan ini berselindung Di belakang Anwar…🤭😩

Nak sokong siapa.

Daripada: *Tun Hanif Omar*
Mantan Ketua Polis Negara.

Kepada semua *Ahli Parlimen UMNO, PPBM dan PAS,*

_jika ada di antara anda yang ingin menyokong Anwar_, luangkanlah sedikit masa membaca tulisan saya ini. Saya mohon juga kepada yang membaca ini dan mengenali mana2 MP ‘forward’lah kepada mereka.

Kebelakangan ini hangat diperkatakan terdapat beberapa Ahli Parlimen yang akan berubah arah dan menyokong Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Alasannya mudah, kalau boleh menyokong Azmin, apa salahnya menyokong Anwar. Dua-dua pun sama.

Jika ini perkiraan anda sebagai Ahli Parlimen, maka pegangan anda dalam perjuangan amatlah daif dan dangkal.

Saya tidak menentang Anwar hanya kerana kes liwatnya pada tahun 2008 dan fitnah beliau terhadap DS Najib. Tapi saya menentang Anwar kerana pelbagai lagi masalah khususnya pegangan Anwar dalam politik.

“Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Yahudi, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran- kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan-amalan agama semata2 (mere religion practices) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.”

Di atas ini bukanlah kata-kata TS Muhyiddin atau DS Azmin, tetapi petikan ucapan Anwar di London School of Economics pada tahun 2010.

Lupakah anda pada klip audio satu perjumpaan sahabat2 Anwar yang merupakan veteran ABIM dan cendekiawan Islam bersama Anwar? Mereka bangun membelasah Anwar kerana ucapannya yang keras menyokong fahaman Pluralisma Agama ini.

Dan anda rasa kenapa ramai sahabat-sahabat Anwar yang mempunyai latar belakang agama meninggalkan Anwar seperti Ustaz Ismail Mina, Prof Dr Sidik Baba, Dr Yusri dan lain-lain?

Tidak keterlaluan jika saya katakan Almarhum Ustaz Dato’ Dr Haron Din pun pada akhir usianya menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari Anwar. Anda pula nak angkat Anwar jadi PM?

Sudahkah anda hilang pedoman dan pertimbangan agama ke?

Lupakah anda pada laman web AIDC satu ketika dahulu? Berapa banyak dokumen-dokumen hubungan sulit Anwar dan kuasa asing didedahkan? Saya boleh sahkan bahawa dokumen tersebut adalah asli dan ada yang diperolehi olehvsaya sendiri. Surat-surat Anwar memohon bantuan dan dana daripada Soros, daripada Carl Greshman?

Anda jangan lupa Carl Greshman dan hubungan baik dia dgn Anwar melalui agensi National Endownment of Democracy (NED), agensi kerajaan Amerika yang menjadi front CIA dalam gerak kerja sabotaj politik negara2 asing? Ingat lagi pada kawan baik Anwar iaitu Paul Wolfowitz? Arkitek utama perang Iraq yang membunuh ratusan ribu nyawa umat Islam? Dia juga Presiden ke 10 Bank Dunia.

Saya juga telah berulang-ulang kali cakap Anwar adalah pemimpin dan pentadbir yang sangat-sangat teruk. Pengalaman bekerja dengan Anwar menyaksikan bahawa dia memang tidak mampu mengurus apa sahaja baik diri sendiri, kerja, tugas parti, pejabat dan orang-orangnya. Tidakkah kamu semua berfikir mengapa bila Anwar dalam penjara partinya PKR lebih tenang, tidak bergolak dan mampu fokus sampai menang PRU14 pd 2018?

Kegagalan Anwar mentadbir dengan baik serta gagal mengawal nafsu dia akan membuka peluang ‘rakan2’ asing utk bertakhta di negara ini. Apalagi dalam keadaan ekonomi yang parah ketika ini. Ya, jika Anwar jadi PM kedaulatan negara yang sudah lama kita pertahankan akan mungkin tergadai.

Ya, anda juga jangan lupa betapa kuatnya Anwar membodek bangsa DAP sehingga dia dan isterinya sanggup ‘membakul sampahkan’ Ketuanan Melayu. Jangan LUPA.

Apa yang saya sebutkan ini hanyalah sedikit dari banyak lagi kisah dan fakta dari siasatan polis mengenai Anwar. Saya percaya sebagai Ahli Parlimen anda semua boleh berfikir mengapa Anwar disabitkan kesalahan dan masuk penjara. Anda juga boleh melakukan kajian tersendiri. Saya juga terbuka jika ada yang mahu berjumpa dan bertanya.

Memilih Anwar sebagai Perdana Menteri bukanlah ‘choosing between two evils’, tetapi seperti memilih Serigala menjaga kambing.

Saya tidak gentar dan saya tidak takut. Andai ditakdirkan Anwar jadi PM kerana tangan-tangan kamu, maka saya akan tetap lawan.

Dan saya juga berdoa semoga Allah membalas anda dengan apa juga balasan yang setimpal di dunia dan di akhirat kerana meletakkan negara berdaulat ini di bawah manusia yg sanggup gadai prinsip seperti Anwar.

Jangan berkecil hati hilang jawatan dengan percaturan politik, maka sanggup nak gadai prinsip perjuangan dan masa depan negara.

Mari kita cari titik persamaan agar pemimpin2 Melayu semua ini boleh berbincang dan bersatu.

In Sya Allah saya akan bertandang ke Parlimen pada sesi akan datang. Jika ada Ahli2 Parlimen yang menyokong Anwar, maka saya ingin bertentang mata dan mahu lihat muka-muka mereka yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.

Saya yg ikhlas:
*Tun Hanif Omar*
Mantan Ketua Polis Negara
*MAJLIS DAKWAH NEGARA* – Hak Asasi Kemanusiaan

Wallahu a’lam…